Kitchen Cabinet: REKA BENTUK KABINET DAPUR



 

Kedudukan sinki (sink), dapur (stove),peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalamsebuah dapur.
Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalahmenetapkan kedudukan barang-barang tersebut.
1.      Sinkiadalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur.
2.      Inibukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia jugamengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaanbasah.
3.      Cahayamatahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah denganlebih cepat. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinetdapur anda.

1.      Bagidapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki.
2.      Inibukan sahaja dapat memudahkan pengguna namun penyedut asap (hood) dapatmengeluarkan asap dari dapur dengan lebih cepat.
3.      Semakinpendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untukmengeluarkan asap dari dapur anda.
4.       Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukupuntuk dua orang pengguna untuk melakukan kerjanya di depan sinki dan dapur.

1.      Ketuharadalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalauletak berhampiran dengan dapur. Kebiasaannya jarak sekurang-kurang 3 kaki diantara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat bagi pengguna.
2.      Ketuharbiasa memerlukan ruang 600mm x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawahatau di dalam kabinet tinggi.
3.      Bagimeningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang,kabinet tinggi/dinding merupakan salah satu pilihan yang baik.
4.      Disamping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka penggunaboleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan memudahkan penggunasemasa menggunakan ketuharnya.
1.      Petisejuk merupakan salah satu barang yang agak besar dalamdapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapursupaya menjadikan keadaan ruang dapur lebih luas.
2.      Kebanyakanpereka kabinet dapur suka letak kabinet dinding di tepi peti ais supaya iatutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais.
3.      Inimerupakan cara yang paling baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini didalam kabinet demi menyerlahkan dapur yang lebih kemas dan teratur.
4.      Walaubagaimanapun,pengguna dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara petiais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih selesa.
SUSUNATURSINKI, DAPUR DAN PETI SEJUK
Pernahkah anda dengartentang segitiga dalam dapur?
1.     Segitiga ini bermaksud kedudukan sinki,dapur dan juga peti sejuk.
2.     Kalau kita susun ketiga-tiga barang inidi tiga bucu masing-masing, kita akan nampak satu segitiga dalam dapur kita.Dengan adanya segitiga ini, barulah kita dapat pergerakkan yang lebih baik danselesa di dalam ruang dapur kita.
3.     Tetapi, dalam gambar ini, kita bolehnampak peti sejuk terletak di hujung dapur, ini bermakna, peti ais yang besar initidak menghalang pergerakan kita di dalam ruangan dapur.
4.     Walaubagaimanapun, di Malaysiakebanyakan kabinet dapur adalah disusun secara L-shape. Jadi terpaksalah kitasusun dapur sama baris dengan peti sejuk.
5.     Gambar berikut menunjukkan beberapa carabiasa kedudukan dapur, sinki dan juga peti sejuk.

1.     Pertama sekali yang harus diberi perhatian ialahsuasana dapur haruslah terang dan mempunyai aliran udara yang baik.
2.     Ruang dapur adalah tempat pelbagai kegiatan memasakserta menyediakan makanan dan minuman. Apabila di dapur, penghuni rumah banyakmenggunakan peralatan elektronik yang panas dan perkakas tajam. Oleh itu, isukeselamatan haruslah diutamakan.
3.     Dapur yang gelap dan malap boleh menyusahkanpenglihatan ketika membuat kerja dan boleh membahayakan, lebih-lebih lagi jikakita penat dan lalai.
4.     Sesebuah ruang dapur akan kelihatan lebih luas jikakeadaannya terang.
5.     Oleh ituitu pilihlah warna yang cerah dan terang.
6.     Aliran udara di antara pintu masuk dengan tingkapharuslah lancar dan tidak terhalang. Ini membolehkan bahang wap dan asap mudahmengalir keluar dan tidak menjadikan keadaan udara di dapur sesak dan berbau.
7.     Pencahayaan lampu hendaklah cukup terang untukkeseluruhan ruang kabinet dapur.
1.     Pilihlah bahan kaunter atas dapur (table top) yangtahan lasak iaitu dapat menampung bahan masakan yang panas dan suhu panas.
2.     Anda boleh memilih material konkrit, solid surface,marble ataupun granite.
3.     Pilihlah warna cerah kerana bahan ini mudah tercalar.Warna gelap akan menampakkan calar dengan ketara.
4.     Bahan yang lasak dan bermutu seperti batu granit bolehmenarik perhatian pembeli rumah jika anda ingin menjual rumah anda kelak.
5.     Oleh itu, tidak salah jika anda lebihkan bajet sedikituntuk mendapatkan barang yang lebih baik dan bermutu.
Pilihan Bahan Asas Kabinet Dapur
Untuk memilih bahan asas kabinet dapur, para pelanggan hendaklahmengetahui bahan-bahan yang berada di pasaran. Terdapat 5 (lima) kategorimaterial untuk membina body kabinet dapur iaitu :-
  1.  MelamineABS/ Particle board
  2. Plynyatohsandwich
  3. Blockboard
  4. Kayunyatoh
  5. Aluminium
MELAMINEABS/ PARTICLE BOARD
  • Pilihan ekonomi/ murah
  • Saiz di pasaran 6x 8 x 16 mm
  • Sesuai untuk jangkamasa pendek
  • Terdapat dalam pelbagai corak dan warna pilihan
  • Kerja paling menjimatkan masa
  • Sangat berat
  • Terdapat 2 jenis iaitu tahan air dan tidak tahan air
  • Boleh bertahan 3-5 tahun
  • Hargayang mahal
  • Kerjayang lama
  • Kosyang tinggi terdapat 3 lapisan iaitu; lapisanpertama papan lapis meranti biasa saiz 3.6mm, lapisan tengah kayu meranti saiz 1/2 x 1 6/8  dan lapisanterakhir Papan lapis warna putih saiz 3mm
  • Terdapatdalam  pelbagaicorak dan warna pilihan. Kebiasaan finishing yang moden menggunakan materialFomika, mica dll
  • Cepatkering
  • Sangatringan
  • Senangdibersihkan
  • Bolehbertahan 5 10 tahun
  • Kadar ketahanan yang tinggi.
  • Harganya mahal daripada plynyatoh sandwich
  • Ringan dan kuat.
  • Boleh bertahan sehingga 10 tahun
Modern Aluminium Kitchen mengorak langkah dalammemberikan pilihan buat para pemilik kediaman untuk memiliki kabinet dapurdaripada material aluminium. Bukan sahaja menampilkan pelbagai pilihan corak ,malahan ia turut memiliki beberapa kelebihan yang praktikal sebagai kabinetuntuk ruang dapur. Modern Aluminium Kitchen telah mendapat hak pengedaraneksklusif yang pertama di Malaysia bagi produk berasal dari Dubai. Di Dubai,,kabinet dapur aluminium ini telah lama diterima umum dan mempunyai permintaankerana kualiti dan reka bentuk yang ditampilkan.
Berikutantara beberapa kelebihan Kabinet Dapur Aluminium
1.      KALIS ANAI-ANAI. 
Olehkerana kabinet ini tidak dibuat menggunakan kayu, ia terhindar daripada masalahanai-anai 
2.      KALISMINYAK. 
Material yang digunakan juga tidak menyerapminyak sekali gus tidak akan meninggalkan kesan kotoran kekal 
3.      MUDAH UNTUKDICUCI DAN DIBERSIHKAN. 
Permukaan kabinet daripada material fibre sheetyang mempunyai tekstur yang licin memudahkannya dibersihkan dengan hanyamengelapkannya. 
4.      KALIS AIR. 
Materialyang tidak menyerap air. 
5.      WARNA YANG BOLEHDIUBAHSUAI. 
Permukaan pintu kabinet boleh ditukar gantimengikut kesukaan anda sekiranya sudah bosan dengan warna yang sedia ada . Cajakan dikenakan mengikut keluasan kabinet dapur anda. 
6.      REKA BENTUK DANWARNA MENGIKUT PERMINTAAN. 
Anda boleh membuat pilihan reka bentuk mengikutcita rasa tersendiri kerana setiap dapur adalah rekaan khas. 
7.      JAMINAN SERVISSELAMA LIMA TAHUN. 
Kabinet dapur aluminium ini diberi jaminan servisselama lima tahun sekiranya berlaku sebarang kerosakan dan masalah 
MEMILIHMATERIAL PINTU KABINET DAPUR

            Setiapkali kita hendak merancang kabinet dapur baru kita, satu dari keputusan palingpenting yang perlu kita beri perhatian ialah tentang pemilihan pintu untukkabinet dapur kita. Pintu kabinet dapur merupakan satu kawasan permukaanterbesar yang kita akan lihat di dapur. Ia akan menunjukkan dapur kita kelihataEnglish Style, Moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dan gaya kabinetdapur yang kita kehendaki bergantung kepada kekemasan, warna pintu dan aksesoripintu kabinet dapur.
Terdapatbeberapa material yang boleh digunakan di dalam pembinaan pintu-pintu kabinetiaitu:-
  1. Kayu nyatoh solid (antik)
  2. Melamin ABS
  3. Plywood (Fomika)
  4. Blockboard (Fomika)
  5. Acrylic
  6. 3D Glass
  7. Aluminium
Jenis : Kayu kerasringan.
Nama Botani : Spesisutama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
  • kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
  • ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
  • bertekstur rata dan sedikit kasar.
  • keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Ketahanan : Tahan lama
  • Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi seperti kabinet, panel, pengadang, lantai parket dan lain-lain.

    
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani: Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
-        kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuningpucat atau coklat merah.
-        ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentukdaripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahanlama.
Kegunaan : Banyakdiguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.

Material ini sekarangmemang banyak orang guna. Mutu dan kualiti pun dah dipertingkatkan melaluipenyelidikan. Bagi masalah anai-anai, kembang akibat terkena air dah pundiperbaiki. Tetapi jangan pula bagi basah 24jam melamine ni. Kayu nyatoh punboleh rosak kalau macam tu. Pekara yang paling penting ialah beri sedikitperhatian pada bahagian sinki anda apabila mengunakan material ni. Lapisanpermukaan yang menutup bahan ni pun ada macam-macam corak dan warna. Sekiranyakita hendak kelihatan macam kayu, macam English style, bahan ni bolehmenunjkukkan konsep yang anda  kehendaki.Permukaan melamine di pasaran sudah ada warna yang berkilat seperti acrylic dan3D Glass. Jadi untuk membuat tempahan pintu menggunakan melamin ini anda perluberhati-hati nanti takut-takut terkena tipu pula.
warnaputih dapur kelihatan luas

3G (3rd Genaration)

Ok untuk 3G ni plak maksud 3G ialah generasi ke-3 dalam kabinet dapur. Untukgenerasi pertama dalam kabinet dapur masa mula-mula kabinet dapur nidiperkenal, dorang guna kayu solid. Sampai sekarang pun permintaan terhadapkayu solid ni masih lagi tinggi kerana hasil yang cantik dan daya ketahananyang tinggi.



permukaanyang menarik dan berkila

Untuk genarasi ke-2, telah  disebutkantadi iaitu melamine. So karang boleh la tengok balik melamine kat atas tu. Sekarangkeluar generasi yang ke-3 iaitu 3G. Material yang selalu digunakan ialah acrylicdan kaca. Tengok permukaan pintu yang guna acrylic dengan kaca memang cantikdan berkilat. Hasil kemasan pun memang puas hati. Bagi anda yang inginkan dapurmoden dan menawan hati boleh la gunakan material ini. Orang cakap kalau dapurmahal-mahal dan cantik-cantik ni masak apa pun semua jadi sedap. Hahaha. Ye lakalau dapur dah cantik-cantik so si pemasak boleh la memasak dengan suka hatidan gembira. Biasanya untuk material acrylic dan kaca ni ramai custumer memilihwarna-warna yang terang so menonjolkan lagi kabinet dapur.  

1.     Dapur yang direkabentuk dengan baik mempunyaiketinggian yang seimbang dan skala yang baik.
2.     Kabinet bawah tidak harus terlalu rendah atau terlalutinggi. Ia harus bersesuaian dengan ketinggian orang Asia dewasa. Ketinggiandari lantai hingga permukaan kaunter, sebaik-baiknya 85 sentimeter.
3.     Dan kabinet di atas pula tidak harus terlalu tinggihingga penghuni rumah terpaksa mencapai barang dengan menggunakan kerusi kecil.
4.     Dari permukaan kaunter hingga ke permukaan bawahkabinet atas, tingginya haruslah daripada 60 hingga 70 sentimeter. Lebihdaripada itu, dapur akan kelihatan janggal dan tidak praktikal.
5.     Jika ketinggian siling di ruang dapur daripada 2.7meter hingga 3 meter, saya cadangkan ketinggian kabinet dapur tidak mencecahhingga ke siling.
6.     Ketinggian ini akan menjadikan dapur kelihatan lebihsesak dan malap, terutama sekali jika anda memilih warna yang gelap.
7.     Design yang sesuai kita hendaklah menjarakkan 20 hingga40 sentimeter sebagai jarak yang bebas di antara siling dengan kabinet dapur.
8.     Dari segi praktikal pula, pintu kabinet yang tinggi danbesar akan membuat pintu itu lebih berat dan lambat-laun, pintunya akan nampatsenget ke bawah.
9.     Anda mungkin menyangka anda akan mempunyai lebihanruang jika kabinet dapur dibina tinggi ke tahap maksimum, tetapi barang-barangyang mungkin anda letakkan di tempat yang tinggi dan susah dicapai dan akhirnyaia berhabuk dan tidak berguna lagi.
10.  Olehitu, lebih elok jika anda mengurangkan perkakas dapur dan tidak menyimpanterlalu banyak barang yang tidak digunakan selalu atau tidak berfungsilangsung.




KAMI JUGA MENAWARKAN KURSUS KABINET DAPUR

kursus ini akan berjalan pada hari hujung minggu terutamanya sabtu dan ahad. Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tidak kira lelaki atau pun perempuan janji ada berminat boleh join kursus dengan kami.

Sesi kursus terbahagi kepada 2 iaitu :-

  1. Sesi pertama - Kursus menggunakan material Plynyatoh + Fomika
  2. Sesi kedua - Kursus menggunakan material melamin
  3.  
Di sini dilampirkan gambar-gambar kursus yang telah kami jalankan menggunakan plywood sandwich

 Kursus kabinet Dapur atas menggunakan material Melamine














Kitchen design - reka bentuk dapur
hiasan dalaman ,hiasan ruang tamu,bilik tidur,kabinet dapur,dekorasi taman Kitchen design - reka bentuk dapur. kitchen (42) kitchen cabinets (5

Kitchen Cabinet: REKA BENTUK KABINET DAPUR
Modern Aluminium Kitchen mengorak langkah dalam memberikan pilihan buat para pemilik kediaman untuk memiliki kabinet dapur daripada material aluminium.

Kitchen cabinets design Kabinet dapur
hiasan rumah, interior ideas, kabinet dapur, kitchen cabinet. Your Ad kitchen painting tips panduan mengecat reka bentuk rumah ruang simpanan ruang tamu ruang

Gambar - gambar Kabinet Dapur (Kitchan Cabinet)
anda. Sila hubung kami untuk mendapat nasihat rekabentuk kabinet dapur (kitchen cabinet design),

Search Results for reka bentuk kabinet dapur terkini ...
Kami menyediakan perkhidmatan membuat & memasang kabinet dapur di mozek murah, kabinet dapur moden, pintu dapur murah, harga kabinet dapur formica, reka bentuk

Kitchen cabinets design - Kabinet dapur
Kitchen cabinets design - Kabinet dapur. Highlights: All Solid Oak, No Particle Board Fully Assembled Raised Arch Panel Door Honey Semi-Gloss Finish

Contoh Lakaran Kabinet Dapur - Bayu Timber / Hasni ...
Contoh Lakaran Kabinet Dapur Posted by due to manufacturing of the components to the kitchen cabinet only.The electrical of the components to the

ISD Kabinet Dapur Kuala Lumpur Malaysia
In Space Decor (ISD) ditubuhkan pada tahun 2006, ISD mempunyai pengalaman 6 tahun bagi kerja reka bentuk, pengilangan dan pemasangan Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet

reka bentuk rumah | Inspirasi Dekorasi | Hiasan Dalaman ...
reka bentuk rumah dinding hiasan rumah hiasan rumah interior ideas kabinet dapur kitchen cabinet living room modern kitchen painting tips panduan

Kitchen Cabinet - blogspot.com
Pihak kami ada menawarkan pelbagai kitchen cabinet dan wardrobe deenkitchencabinet http://www.blogger.com/profile/14306192696134353809 noreply@blogger.com Blogger 7 1

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Unknown
admin
October 14, 2015 at 8:02 PM ×

boleh saya dapatkan nombor telefon untuk bertanya mengenai kursus tersebut

Congrats bro Unknown you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar