Tautan Hati NabilaHasyim: DAPUR : Kos keseluruhan kabinet

Assalamualaikum..
Hari ini nak cerita pasal kos keseluruhan kabinet dapur kami tu.
Sebab ada yang tanya, baru nak godek2 secara terperinci perbelanjaan keseluruhan.
Dulu dah plan nak kongsi kat blog.
tapi lama sangat dah tak terbuat, rasa nak buat2 lupa je la...
Bila ada yang tanya, baru teringat balik, adeh..
Jom la kira2 secara detail, kosnya.
boleh juga saya ingat sampai bila2, kos nak buat kabinet dapur ni kan...
orang lain pun boleh sedia anggaran bajet untuk kabinet dapur idaman masing-masing.
nak menabung sehari 5kupang [ngeh ngeh], bukannya sekejap boleh dapat hasilnya, heee...
Quotation kat atas ni, masa awal2 kami ke showroom Everskill di Setia Alam.
masa ni saya ingat sekali gus je senang buat konkrit terus dengan ES ni.
So, totally dalam RM 5300.00.
Selepas tu, kebetulan kami nak pecahkan dinding dapur sikit untuk tukar kedudukan pintu dapur.
Asalnya, laundry area, luar rumah.
bila pecahkan dinding, jadi ruang tu, ada dalam rumah, merangkap jadi kawasan dapur.
Masa nak buat kerja2 ni, family mertua ada upah orang Indon ni buat parkir kereta kat rumah.
Jadi enSuami pun nak diorang juga buat untuk rumah kami.
Ambil kerja dengan Indon ni, Abang Mael dan geng, diorang hanya amek upah bina sahaja.
semua barang2 kena beli sendiri.
Masa ni la kena singgah tanya semua kedai hardware berdekatan, survey2 harga belaka.
Nak jadi cerita, masa kami nak buat ni, time tu la, harga simen naik mendadak.
Asalnya simen harga RM 15, naik jadi RM18.
Lari bajet la jugak masa tu.
Jom kita tengok catatan perbelanjaan dalam simpanan saya selama ini.
Saya rasa ini sahaja bahan utama untuk binaan kabinet konkrit.
Yang simen tu, mungkin kurang sikit [tercampur dengan binaan dinding pintu dapur].
Bata, tak ada la sampai 100pcs guna, tapi memang kena beli 100, kalau nak kira kena cas lebih sikit, tengok kedai jugak la.
Saya memang beli 100 la sebab nak buat dinding lagi.
Jadi campur upah bina, RM 900 + RM 686.30 ~= RM 1586.30.
Anggaran kasarnya macam tu lah.
Kalau buat solid surface, tak ada la nak kotor2, bersimen bagai.
Saya pilih konkrit untuk ketahanan masa panjang.
Harapnya sekali keluar je la belanjanya.
Risiko konkrit tiles ni, tiles boleh pecah je la, tapi tak runtuh.
Masa nak beli tiles tu tukang suruh cari yang mahal sikit, kos dalam RM 20++ sekeping, untuk kualiti ketahanan.
Cari punya cari, dapat la tiles sekarang memenuhi corak, warna dan harga.
Saya beli jenama MUDA IHSAN. Produk Malaysia.

Kalau nak beli, kena beli ikut kotak, 1 kotak ada 4pcs, kedai tu tak jual loose, nanti rugi.
kena la beli 3kotak dapat 12pcs, walaupun guna 10pcs je, hukhuk...
Dah mula nampak kabinet dapur, heee...
Masa ni saya buat keputusan nak tukar buat konkrit dengan Abang Mael sebab nak jimatkan kos.
Alang2 dah beli bata, simen bagai, saya pun minta enSuami tanya, kalau buat kabinet dapur boleh ke tak...
A.Mael cakap boleh buat.
Dah kira ukur semua, dia kata upah RM900.
Selalu kalau nak kira kasar, kalau kerja2 binaan ni, kalau barang RM900, upah pun lebih kurang RM900 juga.
Jadi kalau A.Mael kata upah 900, kami kira2 bahan2, lebih kurang juga RM900.
Jadi setuju je buat dengan diorang.
Senang sekali kotor je, nanti Everskill datang pasang pintu je...
Jimat sikit je.
 
Selepas selesai konkrit, lama juga la kabinet ni terbiar..
Lepas siap ni saya bersalin, berpantang.
Sepanjang masa ni tinggal kat rumah mertua.
Dalam bulan 11 macam tu, baru tinggal sepenuhnya di rumah ni.
Dari bulan 11 sampai Februari, baru nak pasang pintu.
Bila dah ready nak buat, baru panggil Brian semula untuk datang ukur balik.
Quotation terbaru tanpa konkrit top.
Laci 2 tingkat tu saya tambah.
Letak bawah dapur.
Pastu tambah 1kaki tall unit untuk storan makanan kering sebelah oven.

Sebelum nak pasang tu, kami ke pejabat ES sekali lagi untuk bincang sikit pasal pintu, dan pembayaran 80%.
masa ni, saya tunjuk rajah ni, untuk makluman arah bukaan pintu kabinet.

Penting ni cerita pasal arah bukaan ni.
Sebab kita yang nak buat kerja kat dapur ni.
Kita je tau mana yang sesuai dan efisyen.
Nasib baik saya bagitau, kalau tak, pintu sebelah dapur dan tall unit tak sama dengan yang saya nak.
jadi masa ni la, boleh betulkan siap2, sebelum orang pasang.
Kalau dah siap, tak boleh nak melatah lah, salah sendiri, siapa suruh tak cakap kannn, hee...
Dan yang penting, masa pemasangan kabinet, jangan tinggalkan mereka di rumah tanpa pengawasan kita.
Kesilapan besar, kekdahnya...
Sepanjang dia pasang2 tu, kita boleh tengok kerjanya, kalau nampak ada musykil, silap ke, boleh tanya.
Saya memang ada kat rumah dengan Hafni masa tu.
Sikit2 saya tengok dan ambil gambar juga.
Boleh sembang2 tanya, pasal penjagaan dan keselamatan penggunaan tu.
Masa Andy pasang laci ni pun, dia sempat lagi tanya saya, mau isi apa laci besar ni, heee
Saya pulak, dok lukis2, ukur2, para tall unit untuk minta dia potong jadi kepada 4 keping.
Pandai2 je saya amek para tu, macam tau2 je untuk tall unit punya.

Masa pasang kat bahagian microwave tu, kedudukan kotak storan tu macam terbalik, yang microwave lebih besar daripada kabinet atas.
kalau tengok dalam 3D, ruang untuk microwave tu muat2 je untuk microwave.
Saya pun cepat2 tanya dan tunjuk rajah tu.
Dia kata ukuran dalam dia punya kerja memang betul apa yang dia buat.
Cuma gambar tu je memang macam tu, dia tunjuk gambar muat2 microwave, sebenarnya tidak.
Tapi lepas tu dia ada shelf 2 kaki ekstra, asalnya untuk letak kat kabinet bawah oven tu, tapi masa tu pun dia tanya, mau isi apa kat bawah tu.
Saya pun tunjuklah nak letak mixer tu. Dia pun ukur, jadi muat2 je kabinet bawah tu.
Memang saya bagitau Brian, bawah oven tu, saya nak letak mixer, memang dia ukur mixer saya tu masa dia datang rumah.
Jadi memang ngam2 la, semua barang2 dah ada tempat masing2.
Jadi shelf yang lebih tu, saya guna buat para di ruang kosong atas microwave tu...
Inilah rupa kabinet dapur pada hari2 biasa.
Teringin nak kosong kat table top tu...
tapi, ada ja benda nak longgok2 kat situ, heyy
terutama sekali pinggan yang tertiarap tu.
masih belum ada penyelesaian yang efisyen.
Lain kali kali cerita lagi pasal ruang kat situ...
Begitulah ceritanya.....
TOTAL ~~ RM 4656.30
*3posen pun ada ka, aptb heee*

Tautan Hati NabilaHasyim: DAPUR : Kos keseluruhan kabinet ...
Assalamualaikum.. Hari ini nak cerita pasal kos keseluruhan kabinet dapur kami tu. Sebab ada yang tanya, baru nak godek2 secara terperinci perbelanjaan

Tautan Hati NabilaHasyim: DAPUR : Bahagian Sinki
Tautan Hati NabilaHasyim 23 June 2014 at 09:13. rendam clorox eh.. ok nanti boleh cuba. Hari ini nak cerita pasal kos keseluruhan kabinet dapur kami tu.

Tautan Hati NabilaHasyim DAPUR Kos keseluruhan kabinet
04.07.2014 · Assalamualaikum.. Hari ini nak cerita pasal kos keseluruhan kabinet dapur kami tu. Sebab ada yang tanya, baru nak godek2 secara

Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet ...
Resep masakan dan tips lain terkait dengan Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet di Resepmakanan.info, Mohon maaf jika artikel/tips dibawah ini belum

Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet
Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet. Kali ini Kabar Pilihan akan berbagi artikel mengenai Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet ,

Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet ...
Best Place to Download PDF about Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet and read our other news related to Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos

Tautan Hati Nabilahasyim Dapur Kos Keseluruhan Kabinet ...
Rencah kehidupanku: dapur basah dapur kering. Memandangkan internet menjadi alat mencari maklumat catatan tentang dapur basah antara catatan suka dibaca,.

Harga Kabinet Dapur Malaysia 2014 - Info Harga-Harga Terbaru
Tautan hati nabilahasyim: dapur : kos keseluruhan kabinet, Dah mula nampak kabinet dapur, jg lah saya nak sambung dapur keluasan dalam 11'x8' anggran kos yg

Deko Dapur Tanpa Kabinet - Rumah Minimalis Modern
Tautan hati nabilahasyim: dapur : kos keseluruhan kabinet, Assalamualaikum hari ini nak cerita pasal kos keseluruhan kabinet dapur kami tu. sebab ada yang tanya, baru

When Ijun Write Kisah Aku Dan Kabinet Dapur | New Movie
Tautan hati nabilahasyim: dapur : kos keseluruhan kabinet, renovasi rumah#2: kabinet dapur, Tautan hati nabilahasyim: dapur : kos keseluruhan kabinet ,

Previous
Next Post »